Aku Manusia Biasa

20.10.2010

Tarikh yang amat ku nanti-nantikan..
Tarikh yang aku harapkan sesuatu yang bahagia akan berlaku..
NAMUN…
Alangkah sedihnya ia pergi begitu saja..
Pergi tanpa sebarang memori manis seperti yang aku inginkan..


Yang mampu aku ingat..
Aku sangat pemurah pada hari itu..
Pemurah dengan air mataku ini..
Seperti ia tidak berharga lagi..


Emosi aku sangat tidak stabil..
Tak bole silap sikit..
Tak bole kena mara sikit..
Jika ada sesuatu perkara yang tak kena..
Pasti air mata ku akan berguguran dengan lenangnya..


Baru mahu mulakan hari yang indah air mataku sudah jatuh ke pipi..
Aku sendiri tidak faham dengan diriku ini..
Dan pada malam hari..
Sebelum sempat aku tidur dengan lena sekali lagi air mataku berguguran..

Kenapa dengan aku ni?
Kenapa aku sangat lemah?
Kenapa mudah sangat air mata aku mengalir?
Kenapa hati aku sangat mudah tersentuh?


Barangkali sebab aku hanya manusia biasa..
Manusia yang ade hati dan perasaan..
Manusia yang lemah..
Yang memerlukan bimbingan..
Terutamanya bimbingan yang datang dari-Nya..




xoxo

No comments: